Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Berbasikal ke Vintgar Gorge, Slovenia

        August 12, 2016

        Turun dari Bled Castle, saya pun menapak semula ke hostel. Alhamdulillah, orang hostel dah sampai jadi ayuhlah request basikal untuk hari tu. :) Menarik sebenarnya datang masa hujung Mac macam ni. Cuaca tak sesejuk musim salji, dan Mac masih dikira sebagai off-season. Bulan April baru peak-season dan ramai pelancong datang ke Bled ni.

        Cuma, pokok masih botak takde daun. T_T

        Berbasikal ke Vintgar Gorge, Slovenia
        That background :D


        Rezekinya, saya dapat guna basikal PERCUMA! :D

        Oh yeah.

        Kemudahan sewa basikal ni ada di sekitar Bled. Kalau korang berpeluang ke sini, boleh tanya dengan orang hostel / hotel masing-masing. Biasanya, hostel / hotel tu sendiri sewakan basikal yang diorang ada. Kalau takde, jangan risau. Setakat yang saya pusing Bled, ada beberapa kedai sewa basikal korang boleh jumpa sekitar Bled Lake. Harganya saya tak tahu. Hehe.

        Saya sebenarnya memang plan nak berbasikal sekitar Bled ni. Siap berangan nak angkut basikal Kelly saya dari Czech ke Slovenia ni. Sebelum ni plan untuk naik train kan, biasanya ada koc untuk simpan basikal sekali :D Tapi, dah tukar plan naik bas, tinggallah Kelly di Hradec Kralove tu.

        Sementara nak ambil basikal tu, orang hostel siap tunjukkan route basikal ke sana. Apa entah nama orang kerja hostel ni. Miha kalau tak silap. Entah kenapa saya tak ingat nama dia, padahal setiap hari kat Bled tu ada je pasal Bled yang saya bertanya pada dia  T__T.



        Lepas sembang-sembang, ni la peta dari Castle Hostel 1004 tu ke Vintgar Gorge.


        Waterfall ?um.

        Kalau korang perasan, destinasi saya menuju ke Waterfall ?um kan? Waterfall ?um masih dalam laluan Vintgar Gorge ni. Kiranya, senang cerita, kita boleh menikmati pemandangan di sepanjang Vintgar Gorge ni melalui salah satu entrance ni. Entrance yang pertama (yang biasa orang buat) ialah Vintgar Gorge dan yang kedua ialah Waterfall ?um. 

        Kenapa saya ke arah Waterfall ?um ni?

        Haaa, sebabnya masa tengah plan laluan ni, kitorang dengar cerita orang yang pergi hari semalamnya yang ada jambatan yang roboh. Jadi, orang yang masuk dari entrance Vintgar Gorge tak dapat sampai ke Waterfall ?um, sama jugak vice versa. Miha kata Waterfall ?um ni kira main attraction kat Vintgar Gorge ni, jadinya tu yang terus plan ke sini.

        Berbasikal ke Vintgar Gorge, Slovenia
        Pekan Zasip

        Dari hostel, saya berbasikal melalui pekan Zasip dan jalan raya berakhir di Cerkev Sv. Katarina (Church of St. Catherine). Jalan berbukit, subhanAllah. Berpeluh memang tak terbayang lah. Nak ikat trench coat kat pinggang - kotor disapu tayar nanti. End up ikat kat bahu. Mesti buruk sangat rupanya kalau orang tengok -___-'

        Dekat dengan church, ada kawasan parking kereta. Kafe pun ada :) Bila tahu ada kafe, terbayang-bayang dah cream cake specialty Slovenia ni. Ramai sangat orang recommend untuk try. Takpe-takpe, saya jalan Vintgar Gorge dulu, nanti on the way nak balik baru saya singgah makan.


        Awas, lembu melintas!

        Kalau di Czech, rumah banyaknya beratap oren. Kat Bled, ni lah warnanya. 

        Kafe. 
        Saya tumpang kunci basikal kat kafe ni, mintak tolong makcik kafe jagakan trench coat dan helmet. Trench coat tebal, berpeluh sakan nanti kalau pakai. Cuaca best je - tak sejuk beku, tak panas sangat - okay sangat dengan cycling jacket saya yang nipis tu :)

        Keringgggg.

        To Bled.
        Tak ramai orang start teroka Vintgar Gorge dari entrance Waterfall ?um. Boleh katakan agak sunyi kalau nak berjalan seorang. Dari kafe nak ke entrance Waterfall ?um tu sendiri pun, saya kena redah 'hutan' sikit.

        Bila berjalan seorang, saya perasan saya berlatih nak percayakan orang. Bukan senang taw nak passkan kamera minta orang ambilkan gambar. Dan kat sini boleh apply konsep win-win situation, saya offer dulu ambilkan gambar orang lain dan balasnya orang tu ambilkan gambar saya. Saya prefer cari orang yang ada family dengan anak kecil ataupun sekumpulan pelancong yang memang nampak tourist-nya-diorang tu.

        Tapi kena berlapang dada lah kalau orang reject, sebab dia pun boleh jadi berhati-hati jugak dengan kita. Hehe.

        Dari entrance Waterfall ?um

        Jambatan kereta api and it is still working. Wow.

        Okay lah, kita layan gambar-gambar kat Vintgar Gorge ni.

        Gambar tu nampak lusuh sikit, mungkin sebab faktor usia kameranya kot. Kat GoPro banyak gambar selfie - yang ni biarlah jadi tatapan family je. Hehe.

        The gorge.

        Saki baki daun luruh. 

        Ni kot jambatan yang roboh tu. Cross it at your own risk okay?

        Masa ni lengang lagi. Dah nak sampai entrance Vintgar Gorge, baru jumpa ramai orang. Tak ramai jugak antara diorang yang berjalan habis sampai Waterfall Sum. 

        Kalau musim luruh ni.... fuh.

        Rasa nak mandi je kat sini. 

        Gambak hasil pacak kamera kat Octopus tripod. Jadilaaa self timer macam ni.



        Hasil excited. Bercakap dengan diri sendiri pun boleh. :D Tengok air tuuuu, crystal clear!

        Settle jalan sepanjang gorge ni, saya pun berpatah balik ke entrance Waterfall ?um - laluan yang sama je sebenarnya :D Kalau tak kerana basikal yang dah parking kat kafe, mungkin saya akan try balik ikut entrance Vintgar Gorge. Takpeee, kita kena tahu setiap perkara ada hikmahnya. Dan rezeki kali ni, selesaikan wishlist untuk makan cream cake tu :)

        Makcik kafe tu memang mesra. Seronok betul dia bila diajak bergambar, sambil hulurkan telur Easter yang berwarna warni.

        A must-try desserts in Slovenia!


        The makcik. 
        Berbasikal pulang ke Bled, alhamdulillah bukan masalah sebabnya most of the journey saya hanya perlu main brek - turun bukit ajeee. :D Pakai trench coat pun okayyy, berangin.

        Bila kita dalam perjalanan ke satu tempat yang baru - terasa jauh sangat. Tapi bila nak balik, rasa sekejap betul. Pernah tak rasa?

        Ada beberapa faktor yang saya pernah baca. Ada satu yang kata mata kita dah scan kawasan sekeliling yang baru tu untuk jadi memori. Jadinya bila perjalanan pulang, minda kita dah kenal. Faktor lain mungkin sebab dalam perjalanan pergi - kita ada expectation... macam jauh lagi ke? bila nak sampai ni? Sebab tu bila balik, kita tahu kita dah achieve mission dan tak ada expectation dah.

        Mungkin ni sebabnya kot. Kalau korang nak tambah apa-apa, share tawww.


        Bila solo travel, layan je la banyak gambar selfie monopod macam ni dalam album.

        Info pasal Vintgar Gorge;

        1. Boleh sampai sini dengan bas, kereta, basikal mahupun berjalan kaki. Boleh refer SINI. Tapi boleh bincang dengan hostel masing-masing kalau ada free trip - untung jugak sebab boleh ke sini dalam kumpulan kecil & dihantar diambil naik pengangkutan yang hostel sediakan.
        2. Sejarah pasal Vintgar Gorge boleh baca kat SINI.
        3. Boleh estimate 1-1.5 jam untuk di sini sahaja. More info kat SINI.
        4. Harga tiket dalam 4€ untuk dewasa. Kanak-kanak dalam 2€ (6-16 tahun), 0.8€ (bawah 6 tahun)
        5. Dibuka April-November 8am - 7pm. Selain dari bulan ni, boleh cuba masuk free tapi atas risiko sendiri yep.


        Till next post kalau saya mampu nak recall. T_T
        Salam

        160812
        SS, Perak, Malaysia

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 伊人久久综在合线亚洲91| 亚洲免费一区二区| 久久精品国产亚洲av品善| 国产成人亚洲综合a∨| 丝袜捆绑调教视频免费区| 波多野结衣中文字幕免费视频 | 亚洲天堂电影在线观看| 亚洲日本一线产区和二线产区对比| 国产成人综合久久精品亚洲| 成全在线观看免费观看大全| 麻豆精品国产免费观看| 亚洲高清无在码在线无弹窗 | a级日本高清免费看| 成人免费无码大片A毛片抽搐| 亚洲精品国产品国语在线| 亚洲欧洲免费无码| 五月亭亭免费高清在线| 亚洲国产精品VA在线观看麻豆| 深夜a级毛片免费无码| 成人免费午夜在线观看| 亚洲黄色免费电影| 久久一区二区三区免费播放 | 国产亚洲精品免费视频播放| 亚洲AV无码专区日韩| 国产成人高清亚洲一区久久| 亚洲精品免费在线视频| 亚洲综合在线成人一区| 中文字幕无码日韩专区免费| 亚洲日韩乱码中文无码蜜桃臀网站| 日韩欧美亚洲中文乱码| 四虎永久成人免费| 国产亚洲精品美女久久久久久下载| 妞干网免费观看视频| 亚洲国产美女精品久久久| 夭天干天天做天天免费看| 亚洲精品久久无码av片俺去也| 欧洲精品成人免费视频在线观看| 亚洲mv国产精品mv日本mv| 大学生a级毛片免费观看| 视频一区在线免费观看| 在线观看国产区亚洲一区成人|