Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Masjid Brno, Republik Czech

        February 19, 2016

        18/ In The Background

        Sabtu lepas, saya berpeluang ke Masjid Brno, atau lebih dikenali dengan nama Islámská nadace v Brnì (Islamic Foundation in Brno).Ini ialah masjid pertama di Czech iaitu pada 1998. Brno ialah bandar kedua terbesar di Czech, selepas Prague. 


        Dari apa yang saya baca, Czech dan Slovakia antara negara-negara akhir di Eropah yang ada masjid

        Sejarah Tanah Melayu pun saya dah pening nak hadam, apatah lagi sejarah Czech ni kan. Tapi, sebab dah duduk sini hampir 5 tahun, saya rasa saya perlu tahu serba sedikit. 

        Oh ya, Islam ni didaftarkan secara rasmi kat Czech pada tahun 2004. Rasmi ni bermaksud layak untuk dapat dana dari kerajaan. Memang muda remaja lah, baru 12 tahun. 

        Pengaruh Islam di Czech memang sangat kecil pada asalnya. Dari pembacaan saya, pengaruh Turki Uthmaniyyah pernah sampai ke tanah Czech ni tapi hanya di sekitar Moravia (selatan & timur Czech). Ada yang mengatakan masa ini Bosnian Muslim dibawa masuk. Tapi saya belum nampak lagi timeline dia macam mana. Hoho -_-'




        bohemia, moravia, silesia





        Sejarah ringkas Masjid Brno.

        Masjid Brno dirasmikan pada 2 Julai 1998, selepas hampir setahun pembinaan dimulakan. Masa hari perasmian ni, yang turut hadir ialah ahli-ahli politik, wakil-wakil menteri dan yang menariknya ialah ketua-ketua dari Jewish community, Orthodox Church, Roman Catholic.


        "Everyone has a right to practice their faith," - Jiri Mikulasek, Brno's Roman Catholic general vicar.


        Masjid ni dibina atas tanah yang dibeli dengan sumbangan dari orang Muslim lain, saiz tapak dalam 250 meter persegi. Tapi orang-orang ni berdepan dengan masalah, permit bangunan tak diluluskan dengan macam-macam alasan. 

        Salah satunya ialah dikatakan bangunan ni akan merosakkan seni bina kawasan. Kalau korang pernah datang ke Prague contohnya, memang seni bina luaran bangunan-bangunan kat sini dijaga. Semua pengubahsuaian hanya boleh dibuat dalam bangunan dan ke bahagian belakang je. Kalau perlu pengubahsuaian di bahagian luar, memang akan cuba dikekalkan 'heritage value' yang ada. 

        Cumanya, bila baca sejarah masjid ni, rasa memang kelakar part alasan rosakkan seni bina kawasan tu - sebabnya sebelum masjid ni dibina pun, atas tanah tu dah ada bangunan yang tak siap. Ouch. :p

        Bukan setakat rejection dari orang-orang pentadbiran, tapi orang-orang yang duduk sekitar ni pun menentang. Siap buat petisyen, demonstrasi. Masa proses pembinaan pun ada yang datang ke construction site dan protes.

        Tapi alhamdulillah, masjid ni dah selesai dibina, boleh digunakan dengan aman dan dibuka untuk orang ramai tak kira Muslim ataupun tak. :) :) :)

        Islamic Foundation in Brno |  Pictures of Brno Mosque |  Brno Mosque (Islamic Foundation in Brno) |  Brno mosque |  Brno mosque |  The first Czech mosque works in Brno |  Islamic Foundation in Brno |  Islamic Centre in Brno
        Credit - http://www.beautifulmosque.com/Brno-Mosque-in-Czech-Republic

        Satu-satunya tanda bangunan ni ialah masjid. :)

        ?? ??? ??? ???? ???? ???? ????


        Walaupun takde kubah atau menara, seni binanya masih nampak nilai-nilai Islam kan? <3 Masa saya berjalan mencari masjid ni (sesat sekejap -_-'), memang terdetik di hati "rasanya itulah masjid" walaupun dari jauh. :)



        Islamic Foundation in Brno |  Pictures of Brno Mosque |  Brno Mosque (Islamic Foundation in Brno) |  Brno mosque |  Brno mosque |  The first Czech mosque works in Brno |  Islamic Foundation in Brno |  Islamic Centre in Brno
        Credit - http://www.beautifulmosque.com/Brno-Mosque-in-Czech-Republic

        Oh ya, masjid ni memang dibina menghadap kiblat. Kalau masuk dalam, boleh nampak ruang solat lelaki di tingkat bawah, ruang solat perempuan di tingkat atas. Ada dua pintu setakat yang saya perasan, pintu utama untuk lelaki, dan di sisi bangunan ada pintu untuk perempuan. Tapi masa saya masuk, dah termasuk belah pintu lelaki. Orang dalam tu macam redha je, terus ditunjukkan arah ke ruang solat perempuan. :)


        Quran class | Islamic Foundation in Brno |  Pictures of Brno Mosque |  Brno Mosque (Islamic Foundation in Brno) |  Brno mosque |  Brno mosque |  The first Czech mosque works in Brno |  Islamic Foundation in Brno |  Islamic Centre in Brno
        Ruang solat lelaki


        Hari saya berkunjung (Sabtu), masjid ni tengah meriah dengan suara-suara kanak-kanak belajar Al-Quran. Kelas sangat informal, di kawasan solat lelaki, ada seorang lelaki yang jadi cikgu dan dia akan baca ayat Quran (masa ni surah An-Naba') sambil kanak-kanak ni ikut bacaan. Ada yang merujuk Al-Quran sambil baca, ada yang dengar dan ikut. :) Tapi semua memang polite lah, takde yang lari sana lari sini. 

        Mungkin diorang tahu kot ada mak-mak yang perhati diorang dari ruang solat perempuan kat atas ni. Hehe


        Islamic Foundation in Brno |  Pictures of Brno Mosque |  Brno Mosque (Islamic Foundation in Brno) |  Brno mosque |  Brno mosque |  The first Czech mosque works in Brno |  Islamic Foundation in Brno |  Islamic Centre in Brno
        Ruang solat perempuan

        Memang tak dapat lari dari refleksi diri;-

        Kenapalah diorang ni bersusah payah nak bina masjid, nak kena harung banyak cabaran pulak tu? Sedangkan boleh buat hal masing-masing je?

        It is because of love to Allah and love to other Muslims T____T

        --------------------------------------------------


        Untuk yang akan berkunjung ke Brno, boleh lah ke masjid ni. Kalau korang datang hari Sabtu, lebih ramai orang yang boleh jumpa. Untuk hari Sabtu, ada disediakan kelas bahasa Arab dan kelas mengaji Al-Quran untuk kanak-kanak.





        GPS 49.18190N 16.59414E

        Islamic Foundation in Brno (Brno Mosque)
        Vídeňská 38a
        639 00 Brno
        Tel.:+420 543 243 352
        Fax: +420 543 243 594
        E-mail: brno@muslim.cz

        Rujukan
        - Dr. Vladimír Sáňka: Why I converted to Islam

        p/s - Kadang-kadang saya wonder saya ni liberal ke bila timbul isu nak bina kuil / church kat Malaysia. Saya tak lah menyokong pembinaan tu, tapi saya tak lah menghalang. Entahlah, atas pagar betul. T_T

        HK, Czech
        160218

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 无人在线观看完整免费版视频| 有码人妻在线免费看片| 国内精品一级毛片免费看| 久久精品国产亚洲7777| 高潮毛片无遮挡高清免费视频| 日韩一级免费视频| 国产成人综合亚洲绿色| 亚洲国产日韩在线观频| 久久WWW免费人成—看片| 亚洲人成中文字幕在线观看 | 亚洲AV无码一区二区三区人| 很黄很黄的网站免费的| 456亚洲人成在线播放网站| 无码永久免费AV网站| 亚洲精品国产第一综合99久久 | 国产一级一片免费播放| 最新亚洲人成无码网www电影| 波多野结衣视频在线免费观看| 免费看又黄又爽又猛的视频软件| 亚洲国产精品尤物YW在线观看| 一区二区三区视频免费观看| 亚洲国产精品无码成人片久久| 久久国产乱子伦免费精品| 99999久久久久久亚洲| 国产精品视频免费一区二区三区| 搜日本一区二区三区免费高清视频| 中文字幕精品无码亚洲字| 久久久久久夜精品精品免费啦| 国产精品亚洲精品观看不卡| gogo全球高清大胆亚洲| 免费在线观看一级片| 亚洲一区二区三区在线网站| 免费人成视频x8x8入口| 一区二区三区四区免费视频| 亚洲高清有码中文字| 亚洲一区日韩高清中文字幕亚洲| 可以免费观看的国产视频| 亚洲国产视频久久| 在线亚洲精品自拍| 免费看片在线观看| 一个人免费观看日本www视频|