Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        nak update dari czech?

        October 7, 2011 Hradec Králové, Czech Republic

        .

        Alhamdulillah. Dah habis kelas untuk minggu ni.




        Kitorang busy yang teramat2. About all those stuffs yang kena settlekan bila dah sampai tempat orang. Visa baru settle beberapa hari lepas. Sleepover rumah seniors yang dekat dengan foreign police. Haa, pukul 5 pagi dah terpacak kat situ. Masa beratur nak ambik nombor, omaigoddd rasa kerdil sangat sangat bila orang kat sana main siku2 je kitorang ni. Nak berkomunikasi dah macam betul kitorang ni alien. T___T

        Masalah ni semua jadi bila kitorang sampai sini lambat. Dah la lambat, sampai masa weekend pulak. Semua pejabat confirm tutup masa weekend. Dan baru start cuba settlekan Isnin lepas. Nak manage time dengan lecture yang start Isnin jugak. Ohh yeee, kat sini nanti almost setiap hari ada mini-test kira pop quiz zaman sekolah dulu la. Start Isnin depan, tapi nervous dah terasa dah dari datang sini. 

        HAHA. Gelak cover penat.

        Tapi kena kuatkan dalam hati, insya-Allah ada hikmah semua ni. Be strong Nina. Please

        Buku2 dah pinjam kat library untuk setahun. 600 crowns untuk 8 buku. Tak sabar nak belajar bahasa Czech. Setakat ni dah taw sikit2 je hasil google translate and handphone kawan2 yg ada dictionary English-Czech.

        Jekuyu = thank you. Nak kira 1 sampai 10, insya-Allah dah lepas. Yeden, dva, cji, steji, piat, syes, sedm, osm, deviat, deset. Ni bukan ejaan sebenar tawww, ni apa yang aku sebut je. Heee. Pagi2 ucap je dobry den kat makcik pakcik yang suka jalan kaki naik bas sama2. Haha. Bila diorang macam nak bersembang, terus je cakap, 'nero zumi cesky' means kita tak paham/ cakap bahasa Czech. 

        Student card dah settle. Bus pass pun dah apply, minggu depan baru boleh ambik. Printer dah beli, senang lepas ni nak print lecture notes. Kalau kat sini, satu tiket bas harga dia 15 crowns. (dalam rm3 kot). Tak kisah la nak pergi mana2 pun, setiap kali naik bas memang kena bayar 15 kc tu. Tak macam Rapid KL, kalau tak silap satu tiket boleh naik the whole day kan? JIMAT. Maaf le kalau silap. 

        Tapi yang bestnya, bas memang sharp on time. Repeat, ON TIME. Haha. Baru 7 hari kat sini, dah merasa dah 3 kali kejar bas. Mengah kotttt. Tapi kalau termiss bas, insya-Allah okay je sebab next bas cam beberapa minit je lepas tu. 

        Cuaca pulak, emmm kalau pagi masa matahari ada, rasa biasa je. Macam kat Genting Highlands.  Ye laa, baru nak masuk autumn. Boleh lagi nak survive guna sweater biasa. Kalau malam, memang sejuk. Nak tidur memang bercomforter, stokin semua. Ohoo, kat sini ada sweater harga 75crowns (<RM 12) jeeee!




        Apa lagi ek. 

        Nantilah lepas ni aku sambung taip eh? Baru balik rumah, nak solat zohor, pastu siap2 masak Maggi. :p

        Makan aje weh duk sini. T___T Patutlah berat tak turun2 pun.

        By the way, study memang menstresskan.
        Wish us all the best ya! 

        p/s - Pendam rasa T_T

        K, bye, dobry den, 
        Assalamualaikum

        we are aliens in czech republic

        October 2, 2011

        .


        Ahoj!
        a.k.a Hello :)


        I'm hereeee! In Hradec Kralove, Czech Republic.




        Just wait till tomorrow for more updates, we are going to get our user names for the internet connection. :)


        p/s - I miss Malaysia's weather T___T
        p/s/s - And yes, some of them call us aliens. HAHA



        With love from HK, CZ
        Assalamualaikum.



        Cara Nak Isi Minyak Yang Baik (Part 2)

        August 24, 2011

        .

        Kita sambung eh ke part 2. Hehe. Ni part 1


        3. Bab duit

        Please laa jangan menipu jumlah yang korang bagi kat cashier. Kira dulu duit korang. Kalau bagi duit seringgit sebanyak 14 keping, jangan la memandai  kata RM15. Cashier tu confirm akan kira duit korang 2 kali before masuk dalam drawer. Dia akan set kat skrin sebanyak mana yang korang bagi. 

        Katakan korang bagi duit sepuluh sen sebanyak 17 keping, maknanya RM1.70 la dia set. Kalau korang bagi RM 20 tapi nak isi RM 15, malangnya korang blah macam tu je tak ambik baki RM 5, RM20 la dia set. Bila ada baki, pandai-pandailah pergi ambik kat cashier balik kalau taknak bagi duit cashier tu over bila end shift. Haha

        Masuk bahagian appearance duit pulak. Kalau duit tu dah koyak tapi boleh nak diselamatkan lagi dgn cellophane tape, no problem. Kalau duit tu koyak memang takde dah mana-mana bahagian lagi-lagi no. siri duit, sorry, tak dapat terima. Kalau duit conteng siap bagi no telefon, sorry jugak unaccepted.

        Cashier takde la mengharapkan duit baru macam duit raya tu, tapi pelik tengok orang tak pandai jaga duit. Tu belum masuk yang basah lencun dengan peluh. Aiyoo.  


        Cara Nak Isi Minyak Yang Baik


        Hari tu pernah ada satu kes, seorang customer datang complainkatanya cashier tak bagi balance RM20. Dia kata dia bagi RM50, isi RM30. Uihh, kebetulan masa tu shift saya. Pelik betul la, sebab RM20 tu macam banyak sangat dan saya tak pernah merasa orang tinggal baki banyak tu. Bila check CCTV, rupa-rupanya dia bagi RM5, isi RM3, dan saya bagi baki RM2. Ohh, baru la nampak function CCTV kat cashier dan ada sebab kenapa susunan duit dalam drawer macam tu. RM50, RM10, RM5, RM1. Haha.


        4. Kad Mesra



        Ni pun lagi satu masalah bila customer selalu mengadu point tak naik-naik. Hee. Benda first kena buat, make sure kad mesra ni korang bagi masa bayar kat cashier. Selalu sangat saya dah mintak kad mesra, mula-mula cakap takde, tetiba dah habis isi minyak customer datang balik bagi kad mesra katanya tertinggal dalam kereta.

        Sorry la no points for you. Huhu.

        Cara nak kira points pulak begini :- 
        Lets say korang biasa isi minyak (Primax 95) sebanyak RM 50 setiap hari untuk sebulan.

        RM 50 bahagi RM 1.9 (untuk seliter) = 26 points (sekali isi)
        26 points X 30 hari = 780 points (kalau convert ke duit, boleh la isi minyak/beli barang bernilai RM 7.80)

        Ni kalau RM50. So, kalau korang stok isi motor setiap hari RM 5, takde la points banyak sangat. Huhuhu. Tak dapat nak membantu, luar bidang kuasa. :( Ayah saya pun points naik sikit-sikit je.



        p/s - Orang kata points Bonuslink lagi banyak. Hehe


        K, byee. Assalamualaikum

        110824

        Edited, 160810
        SS, Perak, Malaysia

        Cara Nak Isi Minyak Yang Baik (Part 1)

        August 16, 2011


        Pengalaman 2 bulan bekerja sebagai cashier stesen minyak banyak mengajar. Mana yang patut buat, mana yang tak patut buat. Biasanya lihat dari sudut customers je kan, sekarang jom ambik perspektif cashier pulak. (Petronas la eh, stesen minyak lain saya tak sure sama ke tak). Haha


        1. Masa korang nak bayar kat cashier, bagitahu berapa ringgit nak isi > pam mana > minyak kuning ke hijau or nak lagi sedap RON 95 ke RON97, diesel pun sekali la > bagi kad Mesra.

        Memang kita rasa benda ni simple je kan. Kalau rasa orang ramai sangat, please la beratur. Seorang-seorang. Jangan la fikir kau sorang je nak rushing kannn. Nak cepat sangat, guna kad kredit. Sumbat je dalam mesin kad kredit kat pam tu :p 

        Make sure korang tengok betul-betul korang pam mana. Serius, dah banyak kali kena. Letak kereta pam lain, cakap kat cashier pam lain. Cashier pulak la nak kena usha korang pergi ke pam mana. :p Dah jadi mata eagle dah saya ni. 

        Pastu, masa korang angkat nozzle tu, tengok kat skrin pam. Kalau tak appear no 00.00, silalah letak balik nozzle tu kejap. Jangan risau, cashier akan alert dengan pam korang sebab kat skrin cashier akan berbunyi-bunyi. Kadang-kadang Kad Mesra yang buat pam korang jem. :p

        Yang penting, senyummmm. Ada kerja ada yang shif pagi dari pukul 6.30 am taw, larat je nak senyum walaupun dah jumpa ramai manusia dengan lain-lain perangai.


        Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
        Skrin cashier


        2. Kalau minyak kuning dah habis, jangan la marah cashier :(

        "Ni mesti sorok/seludup minyak ke mana-mana ni"
        "Banyak betul masalah korang ni"
        "Asyik-asyik habisss!"

        Dah biasa dah dengar. :p

        Setakat ni kat tempat saya takde la sorok-sorok minyak ni. Biasanya kalau minyak kuning habis, bermakna dalam tangki bawah tu at least ada 1000liter kot, dia takde la habis sekering-keringnya. Cuma pam tu tak mampu nak sedut minyak yang dalam kuantiti sikit macam tu. Pressure punya hal rasanya.


        Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
        Ni namanya tengah DIPPING. Untuk tahu kuantiti minyak yang tinggal dalam tangki.


        Actually, lori tangki tu akan datang setiap hari, cuma berselang seli antara petrol dengan diesel. Biasanya stesen minyak dah ada weekly/monthly planning untuk volume penurunan minyak. Macam tempat saya, sekali turun minyak dalam 4 lubang petrol (Primax95), total volume lebih kurang 5460 L X 4 = 21 840 L. Ini untuk sehari setengah punya stok. So, katakan tak sampai satu setengah hari, minyak habis, kena la tunggu trip lori tangki minyak seterusnya. Huhu. Cuma sekarang dah naikkan volume jadi 32 760 L untuk musim raya ni.


        Cara Nak Isi Minyak Yang Baik
         Lepas dipping, rujuk buku ni untuk tahu volume minyak. 


        Dipping ni sangat penting. Lagi-lagi nak bajet berapa lagi minyak yang mampu bertahan sampai lori tangki sampai. 



        p/s - Heee, rasa panjang pulak entry ni. Saya buat part 2 ye. Harap memberi input :)
        p/s/s - Entry ni lebih kepada adab mengisi minyak sebenarnya :)


        K, bye.
        Assalamualaikum.


        110816

        Edited, 160810
        SS, Perak, Malaysia

        Dedicated to Someone Special

        May 8, 2011






        credit each words here
        credit background here 

        It is actually Jong Kook's song - It's Love. 

        There is someone doing English version of this song. Although it is not really accurate to the real translation, I found the new lyric is really touching and the one I imagine that the song is dedicated to is my mother. ;) 

        When i looked at the video description, "ummm... i cried when i did this cover... i thought of all the sacrifices my mom went through to raise me" I feel the same too. 

        And i even cried, in the middle of night when everyone is already sleeping. Thinking back the way I respond to my mother, I feel really ashamed with myself. She spent and still spending everything she has to the family, especially to us, her children and specifically me, one and only daughter. 

        She did the best in raising me up. She will always by my side whenever I need someone to talk to. She never ignored me, except the moment sometimes she was really upset with my attitude. 

        Yes, I admit. I am a bad daughter. Always troubling my parents a lot. Always make them worry about me. But, I try my best to fulfill most of the things they wished. That is why they named me Amanina. Their hope. 

        I pray that Allah will bless you always. A short doa that covers everything as we will be peaceful when Allah bless our life. :)





        p/s - It is supposed to be 365 days in a year. 
        p/s/s - First paper on this Wednesday. Thanks friends for the best of luck wishes :)

        All the best, assalamualaikum.


        Edited, 160810
        SS, Perak, Malaysia



        Gulai Kemahang

        February 6, 2011



        Dah sampai KTT. :( Seminggu lebih cuti macam tak terasa je. Cuti kali ni memang pack la. Boleh dikira bape jam je saya kat rumah. Dan setiap kali kat rumah, mesti malas nak keluar mana-mana. Hebat ohhh seminggu cuti tak jejakkan kaki ke mana-mana shopping mall! 

        Ok, abaikan bab cuti. Kita masuk pasal makanan. :D

        Pernah dengar gulai kemahang? 

        Gulai Kemahang


        Kalau ikutkan kemahang tu nama tempat somewhere kat Pahang. Mungkin la gulai ni asalnya dari Kemahang tu KOT. Yang bestnya gulai ni famous dalam kalangan orang Perak. Spesifiknya daerah Kuala Kangsar. Hometown saya la tuuuu. Hoho.

        Actually, nak kata famous sangat pun, tak jugak. Kalau tanya kat kawan-kawan saya yang duk kat Perak, mostly cakap tak pernah dengar. Hahaha. Masa kat MRSM Lenggong, pernah la sekali bawak balik asrama. Tapi boleh katakan, setiap orang yang saya offer, semua takut nak makan. Errrk.

        Gulai Kemahang


        Setiap kali kenduri kat kampung, mesti saya berharap sangat ada gulai kemahang ni. :D Kemahang ni susah nak dapat sekarang ni. Makin pupus. Pastu cakap la kat ayah saya, teringin nak makan. Terharu ok bila ayah saya mintak tolong pakcik dan makcik saya cari dan masakkan kemahang. T___T

        Kemahang ni macam keladi. Katanya biasa tumbuh kat tepi-tepi paya. Saya tak tahu la rupa asal dia macam mana, saya tak pernah tengok punnn. Makan aje yang taw :)


        Gulai Kemahang


        Nak masak ni pun bergantung pada orangnya, tak semua boleh buat. Ada yang tak berapa nak jadi so gulai tu akan buat tekak gatal sangat. Banyak versi nak masak gulai kemahang ni. Ada yang masukkan cendawan sisir (alaa, yang macam kulat-kulat tu). Yang ni paling saya suka. Hehe. Ada jugak masukkan siput sedut. Ada yang masukkan buah kulim (macam gambar kat atas tu), tapi dah potong kecil-kecil.


        p/s - So, teringin nak makan gulai kemahang tak? Hahaha. Sedap la wehhhh.

        Assalamualaikum

        Edited 160810
        SS, Perak, Malaysia

        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 亚洲春色另类小说| 99久久免费看国产精品| 亚洲一区二区三区无码国产| 国产一级高青免费| 九九精品国产亚洲AV日韩| 亚洲另类古典武侠| 亚洲精品无码AV人在线播放 | 亚洲乳大丰满中文字幕| 免费鲁丝片一级观看| 18禁美女黄网站色大片免费观看 | 成人爽A毛片免费看| 老汉精品免费AV在线播放| 久久精品免费网站网| 亚洲国产精品福利片在线观看 | 免费看一级一级人妻片| 亚洲av片不卡无码久久| 亚洲精品成人久久| 久久久久亚洲AV无码专区首| 4338×亚洲全国最大色成网站| 国产在线观看免费视频播放器| 妞干网在线免费观看| 无遮免费网站在线入口| 免费无遮挡无遮羞在线看| 亚洲欧美成aⅴ人在线观看| 亚洲国产日韩在线人成下载 | 国产精品白浆在线观看免费| 国产成人自产拍免费视频| 青青青视频免费观看| 国产精品亚洲精品日韩电影| 国产亚洲精品第一综合| 国产亚洲综合一区二区三区| 在线亚洲v日韩v| 免费人人潮人人爽一区二区| 老外毛片免费视频播放| 高潮内射免费看片| 一级做受视频免费是看美女 | 成人永久免费高清| 国产一级淫片a免费播放口之| 免费的一级黄色片| 国产a不卡片精品免费观看| 免费人成在线观看网站视频|