Perak, Malaysia | Hradec Kralove, Czech

        Kali Pertama di Free Run Fit Malaysia

        September 14, 2015

        Alhamdulillah :D

        Fit Malaysia FM Run
        Belum mula lagi :p

        Merasa jugak masuk apa-apa acara larian. Dah lama aim nak join, asal klik register je, mesti dah tutup. Dan rezekinya kali ni ternampak announcement kat Instagram. Lol. Memang betul la Instagram bukan setakat berkongsi gambar, jual beli sebagainya.

        Jadinya, apa persediaan?

        Memandangkan saya dah start running, cycling & hiking masa kat Czech lagi, stamina taklah teruk sangat. Not that good but not that bad. Haha. Kira tak semputlah. <-- Ini betul saya suka. :D Dan kat rumah, ada lagi lari few kilometers on alternate days. :)

        Fit Malaysia


        Fit Malaysia kali ni kat Ipoh, Perak. Weekend depan ni kat Kepala Batas, Penang. Sesiapa nak join boleh la register. Oh ya, bukan larian sahaja taw. Ada berbasikal jugak. Larian tu pulak boleh pilih 5km atau 10km.


        Saya prefer berbasikal lagi, tapi basikal yang ada kurang sesuai untuk saya, helmet pun takde. So, ke larian lah kita. 5km okay laaah untuk beginner :D

        Menarik jugak la bila berlari atas jalan yang biasa kita guna dengan kereta. Hehe. At the same time, improve sikit memori tentang selok belok jalan kat Ipoh. Kawan saya yang belajar kat Ipoh pun lagi hebat jalan-jalan situ berbanding saya yang selalu ke Ipoh dari kecil. T_T

        Nanti saya share pengalaman masa berlari dan apa yang saya dapat dari event Fit Malaysia ni yea. InsyAllah. 

        SS, Perak, Malaysia
        150914 


        Souvenirs dari Europe Giveaway Contest

        August 21, 2015

        Oh yeah, Aisya kembali dengan giveaway nya :) Kali ni ada contest jugak, bergabung sekali.



        Klik SINI ataupun banner kat atas untuk join yea! ^_^


        Baitul Hanis, Perak, Malaysia
        150821



        Malam Setibanya di Sarajevo, BiH

        August 14, 2015

        Sampai kat stesen bas, dah pukul 9 malam lebih. Stesen bas dekat je dengan stesen kereta api & pejabat pos. Depan stesen bas ni pulak ada satu kampus universiti - Kampus Univerziteta u Sarajevu.

        Turun bas, boleh nampak banyak teksi tengah tunggu penumpang2. Terus bincang nak naik teksi atau jalan kaki. Entah kenapa, saya offer nak lead the way kalau jalan kaki. Bajet hebat baca maps la konon. :D Tapi sejak banyak travel ni, memang my 'navigation skills' improved a lot. Tehee.

        Sarajevo bus station
        Stesen Bas Sarajevo

        Kalau nak electronic maps, boleh guna Apps ni. CityMaps2Go. Saya dah save alamat apartment dalam maps. Jadinya, boleh dapat direction dari stesen bas ke apartment tanpa perlu akses Internet.  

        Hasilnya, tiba di apartment lebih pukul 10 malam. T_T 
        1 km lebih jaraknya. *rasabersalahajakorangjalankakijauhjauh*




        Alhamdulillah, apartment kemas & bersih, toilet okay. Ada satu bilik dengan 2 katil. Kat ruang tamu pulak, ada sofa besar yang boleh ditukar jadi katil. TV ada, dapur lengkap serba serbi. WiFi pun laju. 

        Sewa semalam Euro 10 seorang. 

        apartment in Sarajevo



        Lepas buat bayaran, mintak suggestion dari tuan rumah untuk perjalanan kami. 

        Cara nak ke Old Town, boleh beli tiket bas online tak, cadangan makanan yang wajib kat Bosnia ni etc. That lady ada bagi satu link untuk tengok senarai bas & masa. Tapi tak ingat apa website yang dia suggest  T_T

        Sini ada satu website yang boleh membantu.

        Malam tu, kami tak keluar walaupun sebenarnya, masing-masing nak cari makanan sebab lapar. Tapi rasa macam penat dan tak larat nak figure out jalan - so, end up masak dinner kat apartment. Haha, dinner at 12am. Sihat sangat, mee segera pulak tu :p

        Settle unpack barang sikit, bersihkan diri, siap-siap nak masuk tidur. Tapi semua tak tidur awal pun, duk google apa yang nak buat esok. 

        scenery in mostar
        Mostar :)


        Dan esoknya kami plan ke Mostar :) Plan asal cuma jelajah sekitar Sarajevo. Travel tak sempat nak plan awal, begitulah jadinya :) But, it's fun to do like this. Kena sabarlah, sebab redah je ikut mana kaki melangkah & instinct nak ke mana. 

        My style of travel - cari pengajaran hidup. Ada jugak yang food hunting, kaki gambar, peminat sejarah etc. Bila semua bersatu, memang meriah perjalanan tu jadinya. :)

        Korang berminat tak nak baca sejarah Bosnia & Herzegovina ni?

        Saya tak pandai sangat bercerita sejarah. Cuma, ada blog senior saya yang agak lengkap lah pengalaman dia di Bosnia. Dari sejarah dari mana datangnya masyarakat Bosnia, asal-usul bahasa dia etc. Memang membantu sebelum korang travel ke BiH ni.

        Boleh baca kat sini yea.

        Till then :)
        Assalamualaikum.

        Baitul Hanis
        150814

        Kenapa Perlu Buat Begini Ketika Flight Take-Off & Landing?

        August 13, 2015

        Rata-rata antara kita dah merasa naik flight kan? Kalau belum, insyAllah pasti ada rezeki korang nanti. :)

        flight belgrade - zagreb
        Seat paling 'seram' saya pernah duduk.
        Serbian Air Belgrade - Zagreb

        Untuk yang pernah, kalau perasan masa takeoff dan landing - memang selalunya flight attendant akan make sure these few things kita patuhi. 

        1. Shades tingkap perlu dibuka.
        2. Lampu plane dipadamkan kecuali lampu baca persendirian.
        3. Tempat duduk perlu ditegakkan.
        4. Tray makan perlu ditutup.
        5. Pakai seatbelt.


        Kan kan?

        Tahu tak kenapa adanya perkara-perkara ni?

        Dah lama dah saya curious nak tanya, tapi baru-baru ni je yang saya dapat jawapan. Reference dari pengalaman flight attendant dan pilot serta few websites yang saya baca. 

        Pertama sekali, macam yang kita semua tahu. crucial times untuk satu flight tu ialah masa take-off & landing. So, sebab ni jugak perkara2 macam ni diutamakan.


        1. Kenapa shades tingkap perlu dibuka?

        Bila tingkap dibuka, ia beri peluang untuk penumpang & cabin crew untuk usha-usha keadaan di luar kalau ditakdirkan ada flap sayap yang tak berfungsi ke, ada asap dari enjin ke. Pernah jugak ada insiden bila penumpang laporkan tentang fuel leakage

        emirates dubai kuala lumpur
        Emirates Dubai - KL

        2. Kenapa lampu dalam plane dipadamkan (waktu malam) kecuali lampu baca persendirian?

        Bila lampu malap, mata kita akan cuba untuk adapt dengan cahaya dari luar. Dan ini membantu sama macam sebab-sebab kat soalan pertama - mengesan apa-apa yang nampak pelik kat luar plane.


        3. Kenapa tempat duduk perlu ditegakkan?

        Dikatakan bila tempat duduk tegak, ianya dikunci namun ia tak dikunci bila kita turunkan kerusi tu untuk sandar dengan lebih selesa. Ada sebab lain jugak. Dalam masa kecemasan, bila kerusi ditegakkan, ini beri ruang pada penumpang di belakang kita untuk cepat buat evacuation (keluar dari plane). 

        Paling tidak pun, lebih selesa untuk penumpang belakang duduk dalam 'brace position'.

        brace position
        Source - http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/magazine/5402342.stm



        4. Kenapa tray makan perlu ditutup / dirapatkan ke seat depan?
        Sama macam sebab untuk soalan ketiga - ia memudahkan evacuation jika perlu. Cuba bayangkan kita nak keluar dari seat, tapi dihalang oleh meja. Dalam keadaan panik, mungkin tak mampu fikir dengan tenang macam mana nak keluar. 

        Memudahkan 'brace position' juga. :)



        5. Kenapa kena pakai seatbelt sehingga lampu isyarat seat belt dipadamkan?

        Lampu seat belt tu dipadamkan bila enjin dah dimatikan ataupun plane dah berhenti kat tempat parking / gate dengan stabil. 

        Pernah jadi satu kisah bila penumpang dah start ambil beg dari ruang kat atas seat tu, padahal lampu isyarat tali pinggang belum dipadamkan. Dan tiba-tiba plane tu tergelongsor sikit (sikit je) tapi itu mampu buat beg yang penumpang pegang tercampak. Kalau kena orang lain, tak ke naya tuuu. 


        Reference    1 2


        Semua ni dikira sebagai langkah berhati-hati. Kita sendiri tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan kan. T_T

        Selamat terbang bagi sesiapa yang travel tuu :)



        SS, Perak, Malaysia
        150812




        Kisah Lemas di Bihac, Bosnia & Herzegovina

        August 12, 2015

        Kembali ke Bihac.

        Dalam kami menghayati sungai kehijauan tu, kami jumpa satu batu bertulis seperti dalam gambar di atas. Betul-betul letaknya di tepi sungai.

        drowned una river, bihac

        Batu ni saya anggap / rasakan seperti batu nisan untuk lelaki berkenaan. Difahamkan beliau lemas di sungai ini.

        Dari Google translate;-
        I wonder beauties uno why he took the youth wrapped us in sorrow and sadness. in your waves disappeared his generosity, kindness, love and a gentle smile. only while ?ubori? we will keep memories of a youth. because death does not exist, people are dying only when everyone's forgotten and you will not forget amire your loved ones, your people, your city.

        Takde maklumat lebih yang saya dapat, takde jugak dari Internet. Tapi masa tengah google around, jumpa satu artikel di balkaninsight.com - kisah di mana 8 orang meninggal dunia kerana lemas dalam masa 2 hari.



        Quoted from the website;-
        1. The first death was reported on Saturday afternoon, when a 17-year-old boy from Travnik drowned in Una River near Bihac.
        2. A few hours later, a 20-year-old man drowned in same river, in the area of Bosanska Dubica.
        3. A juvenile also drowned on Saturday in Pannonian Lake in Tuzla.
        4. On Sunday, a young man drowned in Ramicko Lake, and two people drowned in the area of Banovici.
        5. An 11-year-old girl lost her life in Bresice Lake, which is also near Banovici.
        6. And the Drina River in the village of Medjasi near Bijeljina claimed the life of a 20-year-old girl.

        Dalam artikel tu ada menerangkan faktor2 yang memungkinkan berlaku insiden lemas ni. Dan kita boleh sama-sama hayati untuk ambil iktibar sekali. Rata-rata antara kita suka mandi sungai, laut, kolam etc kan :)

        1. Belajar berenang. 

        Saya sendiri entah kalau dicampak tengah laut, mampu ke survive. Diakui, mungkin kita sendiri tak didedahkan dengan teknik2 berenang yang sebenar dari professional - dari sudut kemampuan kewangan, fasiliti, masa dan sebagainya.

        2. Utamakan keselamatan.

        Kalau tak mahir berenang, mandi di tempat2 yang cetek - yang kaki kita dapat cecah dasar air. Ataupun pakai jaket yang boleh terapung tuuu. Pelampung pun boleh :)

        Sounds not cool? Up to you -_-'

        3. Adapt dengan air dahulu.

        Zaman sekarang ni, memang kita teruja nak buat terjunan, lompatan bagai dari any cliffs. Tak salah pun. Mampu - buat. Make sure kawasan terjunan dalam airnya dan takde batu-batu yang berhampiran.

        Cuma maybe boleh try masuk dalam air tu dulu slowly, berendam2 bagi sebati suhunya dengan badan kita. Biasanya kita mandi sungai, laut etc masa cuaca panas kan, tapi kita lupa yang air sungai sejuk. Boleh terkejut badan dibuatnya.

        reference


        Prevention is better than cure, right?

        Tapi kalau dah ditetapkan Allah untuk berlaku apa-apa, itu di luar kuasa kita kan :) kita usaha mana yang mampu untuk keselamatan bersama.

        Ibarat pakai tali pinggang keledar or topi keledar masa memandu di atas jalan raya. :)



        SS, Perak, Malaysia
        150812

        Terima atau Tolak?

        August 11, 2015



        Saya masih dalam misi mencari handphone baru. Haha. M-A-S-I-H.

        Rest in peace.

        Dah macam-macam kedai yang dituju, malangnya handphone yang saya aim, katanya dah tak keluar / takde stok dah. T_T Kalau ada, harganya tinggi entah kenapa, paling tidakpun 2nd hand. Direcommend untuk beli handphone yang lebih terkini cuma masa tu mental tak sedia dengan perbezaan harga yang ketara. 

        Itu kisah masa bulan puasa lepas. Haha. 

        Baru semalam, kembali cuba melunaskan misi tu. Habis survey dah insyAllah. Set minda nak beli satu jenis ni. Kira dah nak jadi dah. Minta ayah tawar-menawar harga, then get a nice price - setuju. 

        Seller tu tunjuk box. Walaupun last beli barang elektronik ni few years ago - memang dah sebati dalam diri untuk tengok semua sisi kotak sebelum penjual tu bukakan seal. Check nombor IMEI kat belakang kotak sebab ikut pembacaan, set yang tak ori takde no IMEI ni. Maaf kalau silap.

        I realised something.

        Seal kotak tu macam ditampal semula. Alamak, dah tak sedap hati - kali pertama.

        Mobile phone box security seal: Void lift
        Source - http://www.pakthat.co.uk/void-lift-box-seal.htm


        Penjual tu bukak kotak - saya check sama tak IMEI dekat belakang phone dengan belakang kotak. Okay, sama. Bila dimasukkan bateri - tak boleh on. Eheee, bateri baru memang bateri kosong sekosong-kosongnya ke? Entahlah, last beli phone masa tahun bila entah, bateri baru akan ada at least 30%. 

        Kali kedua tak sedap hati.

        Bila fikir balik, macam pelik jugak bila tak jumpa satu lapisan plastik kat skrin phone - biasanya akan ada satu layer yang kita boleh cabut pastu baru nampak skrin betul-betul kan? Macam contoh kat bawah ni. -_-'

        buying phone in unsealed box
        Gambar sekadar contoh - source Google.

        Kali ketiga tak sedap hati.

        Beritahu kat ayah, emm rasa tak best la macam ni. Banyak betul yang rasa tak senang. Mujur tak bayar lagi. My father asked the seller - kenapa macam ni? Dia check balik dengan distributor, rupanya phone tu pernah dibukak untuk tunjuk kat customer. Alasannya, phone dummy yang diorang ada - warna hitam je, tapi customer tu nak tengok yang warna putih.

        Alahai, lagi bertambah sebab tak sedap hati.

        Ye lah, phone yang simple pun bukannya murah. Lagi-lagi kalau dah bayar untuk harga brand new tapi entah-entah rupanya dah ada orang guna. 

        Saya ni bukan jenis senang-senang nak cancel transaction once dah aim nak beli. Tapi this time - ya Allah rasa berdebar sangat. At last, saya cancel jugak.

        Entahlah, bukan rezeki saya untuk ada phone lagi. -_-'

        Dan rasa serba salah bila seller tu muka pucat macam nak menangis. I think, bukan salah dia la kot, maybe distributor yang bagi phone in re-sealed box untuk dia jual pada saya. 


        --------------------------------------------------------------------


        Kalau korang lah kan, korang tutup mata dan beli je ke?
        Ataupun cancel transaction jugak?

        T_T

        SS, Perak, Malaysia
        150811


        Latest Instagrams

        © HANIS AMANINA. Design by Fearne.
        主站蜘蛛池模板: 两性色午夜视频免费播放| 免费播放美女一级毛片| 国产亚洲精aa在线看| 亚洲国产区男人本色| 无码人妻一区二区三区免费视频 | 亚洲美女免费视频| 成年美女黄网站色大免费视频| 国产精品免费小视频| 丁香五月亚洲综合深深爱| 亚洲国产高清视频| 亚洲精华国产精华精华液| 久久成人18免费网站 | 中国好声音第二季免费播放| 无码av免费网站| 狼友av永久网站免费观看| 国产亚洲色婷婷久久99精品91| 色婷婷亚洲十月十月色天| 亚洲av成本人无码网站| 十八禁在线观看视频播放免费| 国产福利视精品永久免费| 日韩亚洲国产综合久久久| 亚洲成熟xxxxx电影| 亚洲成a人片在线不卡一二三区| 国产一级a毛一级a看免费视频| 67pao强力打造高清免费| 免费国产美女爽到喷出水来视频| 亚洲国产精品无码av| 香蕉大伊亚洲人在线观看| 国产在线观看xxxx免费| 成人免费毛片内射美女APP| 久久亚洲精品中文字幕三区| 亚洲精品第一综合99久久| 国产线视频精品免费观看视频| 无码人妻一区二区三区免费| 亚洲综合色婷婷七月丁香| 亚洲看片无码在线视频| 最近免费中文字幕中文高清| 日产乱码一卡二卡三免费| 亚洲伊人tv综合网色| 日韩毛片一区视频免费| 久久久高清免费视频|